Saturday 9 May 2015

Bila Anak Sakit Demam Panas Kaki Sejuk & Kesan Buruk

11:24 Posted by SUCCESS 7 comments

Saya keluar dari hospital pada 19 December 2012 petang. Memang rasa seronok sangat sebab dapat balik rumah. 16 hari saya bertapa dalam Hospital Sungai Buloh.

Lama sangat. Bosan sudah dengan makanan hospital. Bosan sudah dengan jurururawat dan doktor tu semua. Sebab itu tak sabar nak balik.

Tapi hati terdetik risau sebab suami kata Izzah batuk sejak beberapa hari. Saya baru kena bedah. Masih sakit. Masih ngilu. Mencabar kalau nak jaga anak yang sakit.

Tidak ada orang tua yang menjaga saya. Suami banyak bantu pada minggu-minggu awal. Jadi tukang masak. Jadi pengemas rumah. Jadi pembasuh baju. Hebat suami saya. Super mister-mama.

Bila dah kuat saya pantang sendiri. Masak sendiri. Jaga bayi baru lahir dan anak umur 5 tahun sendiri. Suami tetap setia membantu.

Petang hari saya keluar hospital. Kami terus singgah ke taska untuk ambil Izzah. Nampak semakin besar pulak anak saya ni. Dua minggu lebih tak bersama dia. Ketara nampak dia semakin cerdik dan matang.

Banyak yang disoalkan. Tentang saya. Tentang baby. Tentang perut saya. Tentang hospital.

Tapi. Hati saya tak sedap. Setiap kali dia bercakap. Seolah nafas tidak lepas. Ada bunyi wheezing yang kuat pulak tu. Bukan petanda baik.

Bunyi wheezing bermakna saluran udara dalam paru-paru bengkak dan tersumbat.

Teringat kes Izzah kena masuk wad 7 hari masa umur dia 9 bulan. Sebab batuk berkahak. Masa tu pulak saya baru lepas keguguran. Kena kuatkan diri sebab kena duduk wad untuk jaga Izzah. Memang kena lupakan sakit pada diri demi anak.

Masa setahun lebih kena pulak Acute Broncitis (sakit asma/lelah peringkat awal). Kena masuk wad lagi. Kena sedut gas.

Izzah mula batuk-batuk. Bunyi wheezing masih ada. Suhu badan masih normal. Tidak demam.

Malamnya suami bawa Izzah ke klinik. Doktor yang biasa merawat Izzah tiada. Doktor yang bertugas kata Izzah ada asma. Hah. Makin saya risau. Doktor ada bagi ubat batuk dan selsema serta Ventolin inhaler. Tiada ubat demam diberikan.

Saya bagi Izzah makan ubat. Sebelum tidur saya bagi Izzah sedut satu kali gas dari Ventolin inhaler.

Beberapa jam lepas tu Izzah mula demam panas. Sangat panas. Terpaksa saya berjaga untuk pantau suhu dia.

Saya bangunkan dia untuk bagi ubat demam. Nasib baik dalam peti sejuk ada baki ubat demam. Saya lapkan kepala dia dengan tuala basah.

Tapi suhu panasnya sangat lambat turun. Makin saya risau.

Pagi esoknya (20 December hari ke 4 lepas bersalin), demam Izzah sudah kebah. Dia sudah kembali aktif dan ceria. Saya menarik nafas lega.

Suami bawa Izzah ke klinik lagi. Jumpa doktor yang biasa merawat Izzah. Terus Izzah kena sedut gas Salbutamol (Ventolin). Juga dapat ubat demam (paracetamol cecair) dan ubat punggung.

Masa balik dari klinik Izzah masih ceria. Siap makan roti yang dibeli. Masih boleh bergurau-senda.

Tapi dalam 1-2 jam selepas itu saya dapati Izzah menggigil dengan sangat kuat. Dia kata dia sangat sejuk. Menggigil macam kena hypothermia. Hampir luruh jantung saya melihatnya. Saya memeluk dia dan terasa gigilan hebat pada badannya.

Kepalanya terasa sangat panas. Suhu thermometer menunjukkan mencecah 39c.

Saya sentuh perut, tangan dan kakinya. Masyaallah. Terasa sangat sejuk. Macam menyentuh ketulan ais. Kuku kaki dan tangan kelihatan membiru. Macam darah tidak mengalir langsung pada kaki dan tangan.

Bahaya. Sangat bahaya. Tiada darah mengalir bermakna tiada oksigen. Tidak boleh dibiarkan. Saya risau memberi kesan pada organ-organ utama.

Cepat-cepat saya letak stokin pada kakinya. Badannya saya bungkus dengan tiga lapis selimut. Suhu kaki masih terasa sejuk membeku walaupun sudah dilapisi stokin. Terasa sejuk beku menembusi stokin.

Demam Panas

Berdebar saya dibuatnya. Tak pernah Izzah demam sebegini. Saya sendiri tak pernah alami demam panas hanya dikepala manakala kaki tangan sejuk membeku bila disentuh.

Kalau demam panas seluruh badan tapi terasa kesejukan dari dalam itu biasa. Kita rasa sejuk padahal bila disentuh kulit memang panas. Itu biasa saya alami.

Kepala Izzah sangat panas. Hingga merah matanya. Air mata dia menitis. Kesakitan. Saya letak tuala basah pada kepalanya yang sangat panas. Terus saya masukkan ubat demam melalui punggung.

Demam Panas

Setengah jam kemudian. Saya periksa kaki dan tangan. Alhamdulillah. Rasa sejuk beku macam ais sudah hilang.

Izzah masih demam. Tapi saya sudah sedikit lega. Darah sudah mengalir. Kaki dan tangan sudah sama panas dengan kepala.

Terus saya buka stokin dan selimut yang membalutinya. Saya buat sponging dengan tuala basah. Kepala. Tangan. Kaki. Perut. Belakang. Semua saya basahkan.

Demam Panas

Sejam kemudian. Suhu mula kembali normal. Saya menarik nafas lega.

Kesan demam panas menyebabkan Izzah sangat moody. Selera makan dan minum juga hilang. Susu yang disukai pun tidak mahu. Hingga kena paksa minum. Saya risau dehidrasi pula.

Tengahari. Jururawat Klinik Desa datang melawat untuk periksa saya dan bayi. Hmm. Bayi kelihatan kuning di muka. Ada sedikit jaundice. Nurse suruh ke KK Meru untuk check darah. Tapi saya tangguhkan. Izzah masih belum betul-betul sihat.

Malamnya suami membawa Izzah ke klinik lagi. Untuk sedut gas bagi melegakan paru-paru. Sedut lagi gas nebuliser Salbutamol (Ventolin).

Sejam selepas balik dari klinik Izzah demam lagi. Demam panas di kepala manakala perut, kaki dan tangan terasa sangat sejuk membeku bila disentuh. Kejadian pagi tadi berulang lagi!

Berdebar-debar saya dibuatnya. Terpaksa saya lupakan yang saya masih lemah dan sakit. Izzah perlukan saya.

Susah kalau Izzah kena masuk wad. Saya tidak boleh teman dan menjaganya di sana. Saya sendiri masih sakit dan ada bayi yang perlu dijaga. Tentu suami yang kena teman. Patah kaki saya dibuatnya nanti.

Saya ulang apa yang dibuat siang tadi. Stokin. Berlapis-lapis selimut tebal. Sponging.Tuala-tuala basah.

Saya risau jika perkara buruk berlaku. Bagaimana jika usaha saya nak kembalikan suhu panas (aliran darah ) pada kaki dan tangannya tak berhasil? Apa yang akan terjadi? Sawan? Kekejangan?

Demam Panas

Izzah hampir tertidur. Tapi saya kejutkan dia. Saya tidak boleh biarkan dia tertidur. Saya terus menerus bercakap dengannya. Saya ajak dia meneka suhu setiap kali saya periksa suhu dengan thermometer di telinga.

Saya kata thermometer kena tunjuk nombor 36. Kalau nombor 39, 38 atau 37 tidak boleh. Suhu normal 36.7 tapi saya bagitau dia saya nak nombor 36. Izzah mengangguk dan nak tengok suhu setiap kali saya gunakan thermometer.

Nyaris kami ke hospital malam itu. Alhamdulillah. Suhu badan Izzah kembali sekata. Masih panas. Tapi sekata. Pukul 11 malam baru Izzah stabil.

Suami terus ke klinik untuk dapatkan Referral Letter. Saya terus email ING untuk dapatkan Guarantee Letter. Esoknya kami mesti ke KPJ Selangor Specialist.

Dua kali kejadian cemas yang sama berlaku. Mesti ada pemangkin. Mesti ada penyebab.

Demam Panas

Ubat asma itu. Ventolin. Salbutamol. Albuterol. Mesti itu pemangkinnya.

Ventolin adalah nama komersial kepada Salbutamol atau Albuterol.

  • Selepas saya beri Izzah sedut gas Ventolin selama beberapa saat, Izzah demam panas beberapa jam kemudian.
  • Selepas Izzah sedut gas nebuliser Salbutamol selama 10 minit di klinik, Izzah demam panas di kepala manakala perut, kaki dan tangan sejuk beku bila disentuh satu jam kemudian. Kejadian ini DUA kali berlaku.

Saya rasa Ventolin = Salbutamol = Albuterol tidak sesuai dengan Izzah. Malah ia mungkin tidak patut diberikan pada kanak-kanak seusia Izzah.

Saya ke KPJ Selangor Specialist supaya Izzah diperiksa doktor pakar kanak-kanak. Juga bawa bayi untuk periksa tahap kuning (jaundice).

Irfan (adik Izzah) disahkan ada jaundice. Bacaan bilirubin 268. Agak tinggi. Memang kena buat phototherapy. Terus saya minta buat home phototheraphy.

Banyak ubat Izzah kena makan setiap 4 jam sekali. Kondisinya agak serius. Nasib baik tak kena masuk wad.

Ubatan yang Izzah kena ambil:

  • Antibiotic (Zithromax) 3.8ml once daily for 4 days
  • Progesic (Paracetamol) 5.5ml 4 hourly
  • Novartis (Voltarene 12.5mg diclofenac) 1 suppository on night insert into rectal
  • Butylin Syrup (Terbutaline Sulphate) 4ml 4 times a day
  • Dexchlorpheniramine Forte Syrup (Dexchlorpheniramine Maleate) 5ml 4 times a day
  • Dhasolone (Prednisolone BP) 7ml 4 times a day

Tapi kena datang lagi 3 hari kemudian untuk diperiksa semula. Alhamdulillah. Kondisi Izzah bertambah baik. Tapi masih ada sedikit bunyi wheezing.

Ubatan

Doktor bagi Izzah sedut gas nebuliser untuk melegakan paru-paru. Tapi bukan Salbutamol. Saya rasa Terbutaline (Bricanyl) dan Budesonide (Pulmocort).

Nurse kata memang Salbutamol menyebabkan tremor (shakiness) iaitu menggigil. Terutama kalau diberikan pada kanak-kanak. Hah.

Izzah kena sambung makan ubat yang diberikan kecuali ubat demam. Dos ubat mula dikurangkan.

  • Butylin Syrup (Terbutaline Sulphate) 4ml 4 times a day
  • Axel Dexchlorpheniramine Forte Syrup (Dexchlorpheniramine Maleate) once every night
  • Dhasolone (Prednisolone BP) 7ml 2 times a day

Axcel Dexchlorpheniramine
Symptomatic relief of allergic conditions eg. hay fever, urticaria, angioedema, vasomotor rhinitis, allergic eczema, atopic and contact dermatitis, drug and serum reations, insect bites and pruritus.

Relieving symptoms of sinus congestion, sinus pressure, runny nose, watery eyes, itching of the nose and throat, and sneezing due to upper respiratory infections (eg, colds), allergies, and hay fever. It may also be used for other conditions as determined by your doctor.

Dexchlorpheniramine syrup is an antihistamine. It works by blocking the action of histamine, which helps reduce symptoms such as watery eyes and sneezing.

Seminggu kemudian (31 December) kena pergi lagi KPJ Specialist Selangor untuk diperiksa semula. Alhamdulillah. Kondisi Izzah makin baik.

Ubatan sebelum ini dihentikan kecuali Butylin Syrup (Terbutaline Sulphate). Ada satu ubat baru diberikan.

  • Fedac Syrup (Triproline HCI BP & Pseudoephedrine HCI BP)

Symptomatic relief of nasal & upper resp tract congestion, common cold, acute sinusitis, allergic rhinitis.

Dua minggu Izzah tidak ke taska. Kami mahu dia benar-benar sembuh. Memang rugi kerana yuran penuh sudah dibayar dan banyak aktiviti cuti sekolah terlepas.

Tapi tidak mengapa. Kesihatan lebih penting dari segalanya.

6 Januari 2013 Izzah demam lagi. Kali ini demam panas biasa. Suhu badan panas sekata. Tiada lagi kaki tangan yang sejuk beku membiru macam ais.

Tapi suhu memang tinggi. Kena masuk ubat punggung untuk cepat turunkan suhu. Saya juga berikan dos vitamin C dua kali lebih dari biasa.

Selera makan dan minum hilang semula. Dua hari tidak ke taska. Alhamdulillah. Selepas itu Izzah semakin sihat.

Budak lepas demam memang ambil masa untuk menjadi ceria seperti asal. Selera pun makan masa untuk pulih. Berat badan Izzah turun sekilo lebih disebabkan demam baru-baru ini.

Asma dan Penyebabnya

Kejadian cemas yang berlaku menyebabkan saya mencari maklumat lanjut tentang penyakit asma atau lelah.

Masa saya berumur 13 tahun, saya pernah kena paru-paru berair (radang paru-paru = pneunomia). Terasa dada ketat dan berat macam kena hempap dengan batu. Masuk wad beberapa hari.

Alhamdulillah. Penyakit itu tidak berulang. Pneunomia bukan asma.

Asma (semput atau lelah) adalah kesukaran bernafas akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Tanda-tanda asma ialah nafas berbunyi seperti wisel ditiup (wheezing), sakit dada dan juga batuk.

Punca penyakit asma ialah alahan, pencemaran udara, jangkitan paru-paru dan tekanan jiwa.

Asma

Izzah batuk dan ada nafas berbunyi. Mesti ada pemangkinnya. Mesti ada penyebabnya.

Saya tiba-tiba teringat sesuatu. Bedak Pureen. Sample bedak Pureen itu didapati masa hari konvo taska. Sudah beberapa hari Izzah memakai bedak itu sendiri.

Masa saya balik dari hospital, saya tengok Izzah bersungguh-sungguh menabur bedak itu dibadannya. Setiap kali mandi tabur dan sedut debu bedak berlebihan. Mana tidak kena radang paru-paru tu. Terus kami buang bedak itu.

Sebelum ini saya hanya gunakan bedak talkum (tanpa apa-apa bahan lain) untuk disapu pada punggung dia bagi elakkan kelembapan. Tidak pernah di sapu pada muka atau seluruh badan.

Bedak yang mengandungi cornstarch, zinc oxide dan chlorhexidine itu pasti menyebabkan radang pada paru-parunya.

Kesan Buruk Ventolin = Salbutamol = Albuterol

Ada beberapa jenis ubat asma. Yang biasa diberikan pada pesakit asma ialah Ventolin yang mengandungi Salbutamol atau dikenali di Amerika Syarikat sebagai Albuterol.

  • Salbutamol (Ventolin)
  • Terbutaline (Bricanyl)
  • Ipratropium (Atrovent)
  • Budesonide (Pulmocort)
  • Disodium Cromoglycate (Intal)

Ventolin = Salbutamol = Albuterol banyak kesan sampingan seperti menggigil dan peningkatan denyutan jantung.

Salbutamol adalah sejenis beta2-andrenergic receptor agonist. Bermakna ia bertindak membantu/menolong/menaikkan tindak balas untuk mengembangkan bronchiol jika berlaku serangan asma.

TETAPI bukan di bronchiol sahaja ada receptor ini. Ia juga terdapat di salur darah terutama di jantung, hati dan otot.

Bila salur darah mengembang di ketiga tempat ini, makan berlaku kesan sampingan seperti jantung berdegup kuat dan otot menggigil.

Hoh. Patutlah. Memang Ventolin = Salbutamol = Albuterol boleh beri kesan pada salur darah. Sampai darah tak mengalir ke kaki tangan dibuatnya. Bahaya sungguh.

Digiprove sealThis content has been Digiproved © 2014 Ros Ibrahim

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

7 comments:

  1. Alhamdulillah..good info.thank you for sharing puan.really appreciate it.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..good info.thank you for sharing puan.really appreciate it.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. Info yg bagus.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.. Info yg bagus.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab sharing. Anak selalu ambil neb jenis ventolin dan ubat salbutamol oleh klinik swasta tapi lambat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang


    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    ๐Ÿ’Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    ReplyDelete
  7. Note:
    SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN, DARAH TINGGI,DEMAM AKIBAT VIRUS CTH CAMPAK,KEPIALU,MALARIA
    • Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
    • mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
    • mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

    SUMBER KALSIUM
    • Menambah kalsium pada tulang
    • Menguatkan semula tulang

    KENCING MANIS
    • Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

    • Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
    • Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

    •Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
    • Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

    • Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

    info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
    -Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

    Order: CALL,WhatsApp @
    Encik Mohd Zuhairi -
    017468 7570

    #sharepadayangmemerlukan


    ReplyDelete