Saturday 9 May 2015

Petua Demam Campak - Koleksi Petua Tradisional dan Moden

11:14 Posted by SUCCESS No comments

Korang dah pernah ke kena demam campak? Kalau yang tak pernah kena masa kecik-kecik dulu baik berhati-hati..  Sebabnya orang dewasa yang kena demam campak atau chicken pox ni tahap kroniknya lebih teruk berbanding kalau kita kena masa kita masih sekolah rendah dulu.

Di kalangan orang dewasa yang kena chicken pox nie ada yang sampai dua tiga hari tak leh bangun.. kesakitannya yaaa amat.. Dah tu malam-malam tak leh tidur sebab badan terlalu gatal. Bagi yang bebudak sekolah tu diaorang kebanyakannya akan rasa cam demam biasa jer.. cuma mungkin sedikit resah dan gatal-gatal badan sikit sebab campak yang tumbuh seluruh badan.

Hmm.. tapi bagi bebudak yang kecil sangat lagi yang umur 2-3 tahun ke bawah.. mungkin kesannya agak teruk gak. Kesian gak kalau ada yang bebudak yang masih kecil sangat lagi kena demam campak nie sebab tak leh nak tahan gatal lebih-lebih masa nak tidur waktu malam.. Bila malamnya tak dapat tidur dengan lena, siangnya makin merengek lah budak tuh.. dan berat badan pulak memang akan susut sebab tak ada selera langsung nak makan.

Ada yang kata demam campak ni akan kena kat seseorang tu cuma sekali jer seumur hidup. Hmm.. tak pastilah pulak sebabnya ada beberapa kawan che petua yang pernah demam campak sampai 2 kali sekali waktu kecik-kecik dulu dan sekali lagi bila dah besar..

Ada lak yang kata sebab yang kena dua kali tu kerana masa kecil cuma dijangkiti campak kecil jer. Tapi bagi sesiapa yang masa kecil pun dah pernah kena demam campak besar pasti lepas tu dah tak akan kena.. gitu pulak dah.. hehe

Apa-apa pun baik berhati-hatilah yer terutamanya bagi yang hantar anak ke taman asuhan atau tabika.. Kalau ada kalangan anak-anak kat situ yang kena demam campak, cepat-cepatlah korang ambil anak masing-masing.. Demam campak ni boleh berjangkit.

  • Melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk.
  • Sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  • Virus chicken pox dikatakan kekal aktif dan boleh berjangkit ke orang lain walaupun sewaktu terapung diudara atau melekat di mana-mana permukaan selama 2 jam.

petua tradisional

Menurut info yang che petua jumpa dalam internet, bagi kes demam campak yang baru nak menjadi contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar tak sampai 10 biji kat badan, satu cara rawatan yang berkesan ialah cepat-cepat pergi ke hospital atau klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam atau bintik-bintik tu dah banyak sangat yang keluar, rawatan anti viral pun dah tak leh buat apa dah.

Kalau ikut cara tradisional yang masih lagi diamalkan sehingga kini ialah kalau dah kena demam campak tu eloklah pergi cari kelapa muda. Amalan minum air kelapa muda akan membantu supaya campak keluar dengan lebih cepat kat badan. Bila cepat keluar maka lebih cepatlah nak sembuh.

Petua tradisional yang paling popular untuk merawat demam campak ialah dengan menggunakan daun semambu. Caranya ramas daun semambu dalam dalam sebaldi air dan mandi dengan air daun semambu tuh. Bagi yang ada kolah mandi di rumah sebaiknya letakkan beberapa tangkai daun semambu dalam kolah. Satu lagi letak juga daun semambu kat atas siling pintu. Menurut pendapat orang tua-tua, dengan berbuat demikian dapat mengelakkan ahli keluarga yang lain dari terkena jangkitan demam campak.

Kalau badan rasa gatal dan miang, jangan digaru dengan tangan. Sebabnya bila digaru dan lebih-lebih lagi kalau terkena kuku, gelembung campak tu akan pecah dan berair.. hmm.. kesannya makin banyaklah kuman yang merembak dan makin bertambah miang badan tuh.. Sebaliknya cuba ikat segenggam daun semambu dan gunakannya untuk meredakan gatal-gatal kat badan tuh. Semasa tidur juga elok dilapik tilam dengan daun semambu.

Bagi yang merasa miang badan masih tak berkurangan biarpun dah digunakan daun semambu, boleh cuba rawatan moden. Hmm.. pergi jer kat klinik atau farmasi dan beli calamine lotion.  Bagi mereka yang terkena allergy atau sebarang punca menyebabkan badan rasa gatal boleh guna calamine lotion nie. Losyen nie dalam bentuk cecair likat. Cara kegunaannya pula ialah dengan menyapu ke seluruh tempat yang gatal dan serta-merta tempat tu akan rasa sejuk nyaman..Bolehlah tahan tak rasa gatal dalam beberapa jam. Bila dah rasa gatal kembali.. sapu semula calamine lotion tu.

Sesiapa yang kena demam campak memang perlu elak dari terkena hujan. Ramai yang kata, kalau kena hujan parut yang keluar sebab campak tu akan kekal seumur hidup.

Tak dibenarkan juga makan benda-benda yang terlalu berminyak sebab kalau dimakan juga badan akan bertambah gatal.

Tak boleh juga makan kicap sebabnya takut bekas parut atau kudis tu akan berbekas hitam.

laman petua:

demam campak, demam campak dewasa, pantang larang demam campak, petua demam campak, pantang demam campak

0 comments:

Post a Comment